Monday, 11 May 2009

RESEPI PAI TUNA + MUSHROOM

PAI TUNA+MUSHROOM





(Pai hasil air tangan sendiri)

Semalam tetiba angin ku rajin plak nak buat pai...Bahan2 semua mmg dah ada di rumah...Sedap bukan main...(heeehe perasannya...)Nak resepi???
*______*
RESEPI PAI TUNA+MUSHROOM
DOH
  1. tepung gandum kira 3/4 kg.
  2. sebiji telur merah
  3. 3 sudu mejerin Planta
  4. air sejuk dalam peti

CARA BUAT DOH

  • Uli tepung gandum dengan majerin,
  • masukkam telur merah,gaul lagi,
  • kemudian masukkan air sjuk sedikit demi sedikit,smbil menguli.
  • Uli sehingga menjadi doh..
  • rehatkan seketika.
  • Kemudian canaikan.(jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis)
  • Letakkan dalam acuan pai.
  • Buat 2 keping untuk menutup lapisan atas nanti.

INTINYA

  • 2 tin tuna(suka hati brand apa)
  • 1 biji bwang besar di dadu.
  • 2 biji cili besar di hiris.(nak pedas guna cili api)
  • mushroom di hiris.

CARANYA

  • Tumis bawang besar dengan sesudu minyak masak
  • masukkan mushroom tadi.
  • masukkan cili
  • masukkan tuna
  • masak 5 min je.......

Kemudian doh yang dah dicanaikan tdi dimasukkan di dalam acuan pai...Di tekan sedikit.Jangan lupa letak sedikit majerin di acuan sbelum meletakkan doh..Kemudian letakkan inti tadi..Banyak inti lgi sedap......
dah letak inti,tutup dengan doh yand dicanai tadi..kemaskan...Dan hias mengikut citarasa..Nak nampak cantik,pukul sebiji telur merah.sapu di atas pai tadi...bakar 150'c 30 min...Kalau belum masak lg,tambah masa memasak..sehingga kekuningan.Selamat mencuba...

3 comments:

shidaradzak said...

h..nengok pic jo dah tahu sodap..pasti nak cubo nih..

S-H-I-M-A said...

dot.cuga tau jangan x cuba.kalau nak buat pai apple pon boleh...lg sedap atau banana

rin0x_adz said...

kalau tak ada acu boleh buat jugak tak?