Sunday 30 August 2009

RESEPI MUDAH.....


RESEPI IKAN KERAPU STIM LEMON





BAHAN-BAHAN


1 ekor ikan kerapu

sebiji lemon

halia

5 ulas bawang putih

sedikit garam

5 biji asam boi

sedikit sos ikan

sedikat kicap soya



caranya..

bersihkan ikan sebersih-bersihnya.lumurkan dengan sedikit garam.

kemudian bawang putih tadi di ketuk dan di cincang,halia di hiris

halus sumbat dekat ikan tadi...kemudian sumbat asam boi pula..

hiris 2,3 keping lemon nipis2,sumbat dalam perut ikan.

letak sos ikan sedikit(jangan banyak sbb masin)


kukus dalam 30 min..

kemudian angkat.letak 2 sudu kicap soya..

kemudian panaskan 3,4 sudu minyak masak..bila dah betul2 panas,curah

kat ikan tadi..

perahkan sedikit limau.

hias sesuka hati.

nak sedap letak daun ketumbar,bwang goreng,cili


mmmmmm...sedap dimakan dngan sambal kicap pedas..


(sambal kicap)

bawang putih,bawang merah,cili api= dicincang

perah limau+kicap


sedap di makan ketika panas2

Tuesday 25 August 2009

BIRTHDAY ANAKKU

(1ST DAY MINGGU ORENTASI TAHUN 1)


Kamarin Birthday anakku AMIERUL HANNAN.

24.ogos.2009.

7 tahun..

HAPPY BIRTHDAY HANNAN sayang..Umi dan ayah sentiasa doakan Hannan

menjadi anak yang terbaik dan pintar.


Dan sentiasa di panjangkan usia dan sihat walafiat.


Dan juga umi dan ayah sentiasa doakan


agar Hannan akan berjaya dalam hidup selamanya.


Belajar pandai2 tau..


LOVE YOU SO MUCH........






Sunday 23 August 2009

huh...tak tau apa nak crita lah

Sebenarnya saya tak tau pun apa yang saya nak tulis...hehe...sebenarnya ngada2 plak nak buat blog.Bila baca blog orang,syok..Bila sendiri ada blog malas plak nak taaipp.....nak upload gambar...hiii malasnya..






Saturday 22 August 2009

selamat berpuasa....










ASSALAMMUALAIKUM....

Selamat berpuasa pada semua umat islam...
huhu..
penatnya rasa...


Tp nasib baik kat sabah ni berbuka awal...kul 6 lebih dah berbuka...
ok la



NAK MAKAN APA ARINI YEE...
(sebut nak makan apa,berbunyi je pewot......huhu..lapar)
kat KK ni bukan macam di Semenanjung..Kat pasar ramadhan kat semenanjung mcm2 yang best....semua ada...
lauk pun macam2...Selera nak lauk2 msakkan kg..
Sini mana nak dapat..

huhu......nak murtabak..murtabak kat KK ni lain.X sedap.Dalam nya sayur...

Bila 1st puasa ni dah teringat nak balik kg.


yeehh.....hatiku dah sampai ke kg.

Tiket pun dah bli.....
Skrang tak lah dapat balik mcm selalu sbb anak dah sekolah......
tak tu muka aku anak beranak lah yang selalu balik...Dah dapat gold card dah kat MAS tu dek kerapnya balik n bejalan...









(kemeriahan di hari raya)




(Anak-anak yang seronok,sbb untie2 n uncle2 diaorang ramai melayan dan manjakan)